Friday, May 3, 2013

AZMUTH





“Tidur jer lagi 5 minit, kelas pergi lambat pun takpe”

“Tengok jer buku, bukan cikgu nampak pun”

“ Cakap jer ada benda nak buat bukan dia tahu pun.”

“ Jangan tengok ,dia nanti dia mintak tolong”

Azmuth. Tuh yang aku gelar pada bisikan kecil yang selalu menemani aku ke mana- mana. Sebahagian dari diri aku, atau sebahagian dari ciptaan Tuhan yang belot kepada Adamyang satu. Selalu. Tak pernah tinggal aku. Dan, aku juga lihat, Azmuth juga ada menggangu orang sekitar aku. Itu kerjanya.

 Jujurnya, Azmuth selalu menang. Jujur ,walaupun alarm aku dah set 30 minit awal konon nak duduk barisan depan sekali dalam kuliah atau pergi lebih awal dari biasa memang dah tak makan. Even kalau aku Berjaya lawan Azmuth untuk pergi awal, aku masih dengar lagi.

“ Kalau duduk depan, prof kau tanya macam mana? Kalau kau tak tahu jawapan macam mana? Kalau dia suruh kau explain macam mana? Kau dah baca ker?”

 Aku still akan berlabuh di tempat belakang. Barisan di mana sekali lagi aku akan tewas dengan Azmuth.
“ Kalau kau tidur dia tak nampak”

“ Ceyh, dia bukan tahu pun kalau kau tengok orang sebelah. Kuiz jer pun bukan test.”

“ Awek cun pukul 3!”

Memang aku cukup bengkek dengan si Azmuth.  Ada saja yang buat aku hilang konsentrasi. Aku memang cuba lawan. Tapi memang tak dinafikan, Azmuth betul. Kuiz jer pun, nak pulun buat apa. Dan memang betul kalau aku tidur tak nampak.

Aku rasa aku dah jadi orang suruhan dia dah. Semakin kuat aku lawan, semakin aku sedar dia tak terlawan. Nak kata aku psycho memang tak lah kan. Sebab best friend aku pun ada benda ni. Maksud aku dia ada cakap nak save sikit duit untuk balik kampong. Tapi order rojak RM9 beb! Bila akui tegur dia cakap tak leh control nafsu rojak. Hmm, nafsukah?

Kalau macam tuh perempuan ada 9 Azmuth lah yer? Kalau perempuan nama apa eh? Azmeymey kah? Ooo, sebab tuh lah diorang makan banyak Azmeymey suruh.. Ooo, sebab tuh lah diorang selalu emo, Azmeyling psycho diorang.  Azmawanita pulak suruh diorang shopping banyak- banyak kan? Mekap tebal- tebal,, gitu eh? Hmm, nampaknya semua orang kena siptom nie. Dan ini membuktikan aku tak psycho. Kalau aku psycho nampaknya semua orang pun psycho lah kan. Tak pun nie wabak tak? Ish.


Malas Nak Komen Like Jer

Saturday, December 1, 2012

My Harries Twins

              


  Assalamualaikum! Hah, dah berapa lama dah woi tak melepak kat sini. Biasalah, gabenor Narnia la katakan. Memang busy. Sapa tak tengok Youtube sekarang ni? Semua tengok kan? Macam Malaysia ada Mat Lutfi and my gojes Anwar Hadi, nie nak tambak satu lagi channel untuk korang subscibe. Tapi bukan Malaysia la, tapi kiut laa.. Hahaha. Nie sila search JACKSGAP yer.. Sila tengok ni..

Hah,kan dah kata kiut.

   Finn Harries si abang and Jack nie adik. Kalau korang nak kenal yang mana Finn senang jer. Dia lebih suka tenumg kamera dan buat muka se seksi- seksinya.. Yang si Jack pulak, owner channel nie, memang cakap banyak. Sangat banyak dan dia slightly lebih lawak dari abang dia la. Tapi still, aku minat Finn. Actually ramai minat Finn.. Hmmm, nampaknya dia boleh bukak channel sendirik dan tak perlu cakap apa -apa. Cuma tenung kamera, dan senyumm...

  Dan disebabkan mereka kiut, dan kembar dan lucu, subscriber mereka melebihi subscriber Rebecca Black!! Its Friday, Friday.. Hahaha... Dan yeah nie serba sedikit gamba mereka..


                                            

  Jack jugak sudah dapat blue verified kat Twitter.. Woo HOOO. Maybe sebab semua followers dia mengganas kat mention dan yeah, aku pun tak tau actually. Itu saja, sekian terima kasih dan sapa yang tak subscribe silalah, JACKSGAP





Jack Harries, aka adik yang comel.

Finn Harries, aka abang yang seksi
           TENGKIU! Selamat Hari Sabtu. 


Malas Nak Komen Like Jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...