Thursday, August 18, 2011

Perubahan Tak Perlu Diuar- uarkan

 Assalamualaikum. Selamat hari ke- 18 Ramadhan. Bulan platform untuk perubahan. Pahala berganda. Selari dengan lapar berganda dan kerja- kerja tertangguh yang berganda. Semua tak sempurna. Mesti kurang mana- mana. Tapi bila anda berjaya berubah atau mengubah diri anda menjadi insan yang lebih baik. Tak perlulah sebarkan untuk semua friends di Facebook anda itu. Apa motif anda. Dipuji? Atau beritahu insan lain anda dah bersedia untuk menjadi seseorang yang Better than The Best.


 Jika benar anda berubah kerana Allah, biarkan ia menjadi rahsia dan sulit. Orang sekeliling pasti perasaan anda berubah. Tak perlu update status yang buat orang rasa... Ragu. Tak perlu benci orang yang menegur anda. Mereka masih sayangkan anda. Sebab itu mereka tegur. Jangan tenggelam sangat dengan dunia kekayaan dan kesenangan. Bila di alam barzakh semua sama. Jangan over, tolong. Bulan mulia kan.

   Fikir secara matang. Anda dah besar kan. Selamat merdeka. Selamat Hari Raya. Selamat Ramadhan kawan. Terima kasih.
Malas Nak Komen Like Jer

1 comment:

  1. betul...xyah hebohkan pun.. baru nmpk keikhlasannya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...