Thursday, September 1, 2011

Iklan Raya Tahun Nie Memang....

 Assalamualakum.. Masih dalam mood raya kan? Kuih raya yang tak habis- habis tambah dengan kemurahhatian pak- cik dan mak- cik yang menghulurkan duit raya yang tak habis- habis nie buat aku rasa raya nie patut di rayakan selalu. Mugkin mood merdeka tak semeriah mood raya sebab tak ada sapa yang nak menghulurkan bendera Malaysia kat aku. Sampul duit raya pus semua kale hijau, tak ada yang warna merah, putih, kuning atau biru.

 Of course time raya banyak cerita best kan. Tak kiralah cerita dari zaman Pak Kaduk yang sudah diulang ratusan kali atau cerita baru yang macam Nur Kasih yang kata tak ada tayang kat lain tuh.. Tak tau pun ada. Kan aku dah tido time tu.. Maklumlah, kuih raya dan laksa sudah memenuhi perut.

 Tengok iklan tak? Tak best kan iklan raya tahun nie. Serious! Bosan, sedih sangat tak bertempat dan tak menjadi. Bagi aku la. Mungkin kerana ketiadaan Allahyarham Yasmin Ahmad yang berbakat tuh. Iklan dia aku rasa memang mennyentuh dan menggeletek urat la. Betul tak.. Haishh, perlu banyak lagi bakat macam nie kat Malaysia nie.

 Al- Fatihah.. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas beliau. Terima KASIH.
Malas Nak Komen Like Jer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...