Wednesday, December 14, 2011

Harimau Lagi : Shahrul Azwari Ibrahim

Harimau lagi lah. Haihh, feymes mengalahkan retiss. Ni pasal Shahrul Azwari pulakk..


  •  Nama : Shahrul Azwari Ibrahim
  •  Tarikh lahir : 12 Januari 1993
  •  Asal :  Tanah Merah ,Kelantan ( apasal tak pernah jumpa pon? )
  •  Tinggi: 1.75m
  •  Kelab: Harimau Muda A
  •  Posisi : Striker
  •  Sekolah : Bukit Jalil
 Dia ni jugak mengaku penah bekawan dengan pelakon Fizo Omar uh..
"Sebenarnya, Fizo adalah kawan kepada abang saya. Jadi saya pernahlah berjumpa dan berkawan dengan dia. Itu pun sekejap saja. Fizo ni dulu main bola sama pasukan dengan abang saya," ujarnya.

 Dia jugak bertegas dia tak akan tingggalkan arena bola sepak sebab semua family dia termasuk ayah dia pemain bola sepak.. Bagus lah kan.. HHE
 
"Sebenarnya, kali pertama saya menendang bola sewaktu saya berumur 6 tahun lagi. Itupun selepas saya diajak oleh abang saya iaitu Shariful Ibrahim, 30, yang kini bertugas sebagai jurulatih pasukan Kuala Lumpur bawah 12 tahun. Sekarang ini, adik saya yang baru berusia 15 tahun pun sudah jadi pemain untuk kelab di Kelantan.
"Seorang lagi abang saya yang bernama Ismail Ibrahim pernah bermain bola dalam peringkat daerah di Kelantan.
"Ayah saya pula hanyalah seorang jaguh bola kampung saja. Kalau nak cakap pasal popular, saya rasa abang sayalah (Safuan) yang paling popular di kalangan peminat bola sepak tempatan berbanding kami 5 beradik yang lain," katanya.

 OK. Sapa yang melatah kat sini? Boleh amik borang yerr, sebab dia suka perempuan melatah..

Saya ni suka perempuan yang melatah. Saya rasa mereka ni penghibur," ujar Syahrul sambil ketawa.


Malas Nak Komen Like Jer

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...