Saturday, December 1, 2012

My Harries Twins

              


  Assalamualaikum! Hah, dah berapa lama dah woi tak melepak kat sini. Biasalah, gabenor Narnia la katakan. Memang busy. Sapa tak tengok Youtube sekarang ni? Semua tengok kan? Macam Malaysia ada Mat Lutfi and my gojes Anwar Hadi, nie nak tambak satu lagi channel untuk korang subscibe. Tapi bukan Malaysia la, tapi kiut laa.. Hahaha. Nie sila search JACKSGAP yer.. Sila tengok ni..

Hah,kan dah kata kiut.

   Finn Harries si abang and Jack nie adik. Kalau korang nak kenal yang mana Finn senang jer. Dia lebih suka tenumg kamera dan buat muka se seksi- seksinya.. Yang si Jack pulak, owner channel nie, memang cakap banyak. Sangat banyak dan dia slightly lebih lawak dari abang dia la. Tapi still, aku minat Finn. Actually ramai minat Finn.. Hmmm, nampaknya dia boleh bukak channel sendirik dan tak perlu cakap apa -apa. Cuma tenung kamera, dan senyumm...

  Dan disebabkan mereka kiut, dan kembar dan lucu, subscriber mereka melebihi subscriber Rebecca Black!! Its Friday, Friday.. Hahaha... Dan yeah nie serba sedikit gamba mereka..


                                            

  Jack jugak sudah dapat blue verified kat Twitter.. Woo HOOO. Maybe sebab semua followers dia mengganas kat mention dan yeah, aku pun tak tau actually. Itu saja, sekian terima kasih dan sapa yang tak subscribe silalah, JACKSGAP





Jack Harries, aka adik yang comel.

Finn Harries, aka abang yang seksi
           TENGKIU! Selamat Hari Sabtu. 


Malas Nak Komen Like Jer

Saturday, September 22, 2012

Mencari Angel




  Jauh. Kini aku jauh. Semakin kosong. Semakin sepi. Ada kala aku keseorangan di tempat yang dipenuhi orang.  Aku masih dalam misi aku. Mencari seorang angel yang mampu buat aku rasa ada. Di bumi London ramai angel. Rambut kuning, merah, hitam dan jingga. Bermata biru, kelabu dan hijau. Semau dah aku temui. Cuma yang benar- benar mampu menjadi angel untuk aku dan keluargaku kelak belum lagi muncul.

Ini semua gara- gara ayah. Dia juga buat benda yang sama. Dah nama genetik. Tiga langkah sebelum aku keluar dari pintu rumah baru diberitahu kisah chenta nya. Heh, tak sangka. Dulu katanya aku Romeo. Patutlah. Dia pun, nak kata dia Romeo jugak lah tu.

 Zaman sekolahku ustaz pernah berkata, ada seorang angel yang akan menemani soleh. Yang mengabdikan hidupnya atas balasan si soleh lakukan semasa dia hidup. Aku tahu itu di alam sana. Tapi aku juga tahu, ada seorang tertulis untuk aku di alam sini. Umtuk menemani dan menjaga alam ini bersama. Aku masih mencari... Semoga aku ke temu.

Malas Nak Komen Like Jer

New Look Yang Gampang!

 Assalamualaikum. Jawab dulu baru proceed baca. Ok gampang tak new look. Penat deh, dulu waktu tukar temporary waktu boleh choose laju jer aku ignore. Sekarang? Dah tak boleh ignore- ignore. Gampang!! Adui, dah la sebesar A4 paper lagi post ni, segan jer orang lalu sebelah pun boleh baca. Tetepi, ada kelebihan jugak :


  • Korang boleh tengok dengan detail, berapa orang baca setiap satu post korang dengan lebih senang.
  • Nampak lebih kotemporari gitu. Classy habis.
  • Boleh schedule kan yer. Ala- ala Tumblr gitu.
  • Nampak lebih terang tang- tang blog post orang lain.
Dah itu jer lah kot. Aku nak pi explore habis- habis dulu. Bak kata Lisa, kena bersabar.
Malas Nak Komen Like Jer

Thursday, September 13, 2012

Harper Beckham, Sah anak Emak!!

 Assalamualaikum. Hah, ni sangat comel budak nie. Anak Posh and Beckham la katakan. Tengok yer,dia pun mengusha jugak fashion show dengan mak dia. Tengok laa 15 tahun lagi.. Tunggulah.. Tengok apa yang dia cakap dalam hati dia..

Hmm, colour dia tak menarik yer.. Next!

Euww, black so old fashion..

Woo, cun meletup.. Mummy nak yang nie!

Sorry, not my taste. Mummy laporr..

Sapalah nak pakai corak macam tu?

Lambatnya nak habis ni, nak pi Lego land ni!
Kan dah cakap... Like mother like daughter
Malas Nak Komen Like Jer

Hebat Penangan Gangnam Style nie Beb!

 Assalamualaikum, akhirnya setilah berbulan- bulan ada jugak entri bukan apa. Broadband macam beruk nie memang tak boleh nak buat apa lah kan. OK, ok, sekarang straight to the point. Nie Gangnam Style ni, siap Bieber pun berminat lah. Dasat, dasat. Sesi orientasi kami pun ade jer group buat Gangnam Style. Sesi detention English pun, kena Gangnam Style. Haishh, ok kita tengok sapa lagi terjebak dengan Gangnam Style ni.


 



OK, OK memang berlambak lagi. Awesome sangat kah? Sampaikan..


KL STYLE pun ada. Aduhai, ape- apelah korang. Tata!
Malas Nak Komen Like Jer

Saturday, July 7, 2012

SPAIN : CESC FABREGAS


 Assalamualaikum! Huaaaaa! Idea ini tercetus setelah membaca paper lama dan terjumpa gambar bekas kawan baik aku iaitu Cesc Fabregas. Dulu waktu aku duduk kat Spain, kami selalu main congkak sekali. Muahaha. Aku dari dulu lagi minat kat dia ok. So sapa yang minat kat dia tuh semua tiru aku lah. Haa, tak usah, merepek panjang, jom kita tengok bio dia.


  • Nama penuh: Francesc Fabregas Soler
  • DOB: 4 Mei 1987 ( 25 tahun )
  • Posisi: Midfielder
  • Tinggi : 1.79 m
 Hah, cerita pasal taktikal atau style dia main bola memang aku tak pandai lah kan walau aku memang tak tinggal sekalipun Euro hari tuh. Tapi apa yang aku tau dia memang cekap passing, memang selalu ada di mana- mana dan memang peka lah. Dan dia juga hadiahkan beberapa gol kat negara dia hari tuh, termasuk waktu game terakhir dan akhirnya membenamkan Itali padan muka.. Muahaha. Benci betul aku tengok Super Mario tuh.

 Ok, ok harap rindu anda pada Fabregas aka bekas kawan baik aku ini terubat, ok? Cubaan aku untuk men'google' girlfriend dia menimbulkan kekecewaan yang hampir membuat aku melupakan hasrsat aku minat dia sebab ada berpuluh nama, dan berpuluh gadis yang berbeza dan akhirnya aku give up sebab aku tak mau tengok bekas kawan baik aku ini bersikap playboy ok? Sekian terima kasih.
Malas Nak Komen Like Jer

Selamat Pengantin Baru Ella!

 Assalamualaikum. Lama sungguh tak menjenguk blog ni. Sebelum tuh terima kasih Encik Nuff yang tak putus- putus bagi semangat untuk berblog ni. Ok, balik ke tajuk asal, ratu rock kita dah kawin woi!! Hahaha. Selamat, yer kak Ella ( macam dia baca jer kan ). Takper, yang penting iklas. Aku suka gak lah semua lagu dia walau kami tak sezaman. Muahaha. Lawak hina ker apa ni? Ceh, tak der lah. Dia nie legend wei!


 Gambar diimport dari Google. Nampaknya Incik Azhar Ella ni, pilot dari Firefly yer. Waa, seronok boleh pi jalan- jalan. Hehehe, apapun, kami disini mengucapkan, semoga berbahagia bersama insan tersayang. Adios, buenos!!


Malas Nak Komen Like Jer

Wednesday, June 20, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #3



p/s : Super hero aku. haha..
Malas Nak Komen Like Jer

Sunday, May 27, 2012

SI POLAN itu...




‘ Dia lagi. Tanpa sebarang ekspresi kali ini. Penuh sketch book aku dengan muka jejaka itu. ‘ getus hatiku.

  Sudah 8 kali kami bertemu dalam gerabak yang sama. Tapi, mesti aku turun dulu. Matanya yang kuyu selalu mengusha keadaan sekeliling. Pernah sekali kami bertemu mata, aku pura-pura batuk dan menghela ke luar sana. Kadang- kala aku dapat lihat dia senyum melihat kelatah orang ramai.

  Kalau dia potong rambut mungkin jelas kelihatan wajah tenangnya. Tapi, begitu pun sudah buat aku leka. Sebelum tidur pasti bayangan wajah itu mnyerbu fikiranku. Dan setiap kali itu juga, namanya berubah mengikut moodku. Gertu. Hai,jiwaku gertu. Siapa kamu?

Mampus. Dateline,hari ini dateline! Darth Badar tu sampai nanti, keluar habis kesumat dan jampi.

‘ Reducto! Avada Kedavra! ‘ terpelanting Darth Badar dalam fikiranku. Lepas ni, aku Obliviate. Bagi kau lupa siapa aku.

‘ Cik Temah nak berangan balik rumah. Tengok muka Selenga kau nie aku tau dahh! Kau tau apa aku tau? ‘ kan dia dah mula.
‘ MAAF Encik, saya..’
‘ Aku tau. Aku dah dapa mimpi semalam kata kau tak siapkan kerja aku. Kau memang nak.. Haa, I take this piece. Superb. Sames- samesss!! ‘ sambil bawak pegi artwork aku.

 Gambar mamat  tu. Adoi, dah la curi- curi lukis. Tak pa mungkin dia tak tau. Mungkin dia tau tapi dia terus membatu.
‘ Nama artwork nie ape babe? ‘ Darth Badar semangat sungguh. Katanya, artwork itu sudah hits. Dah ada yang tawarkan harga yang tinggi.
‘ SI POLAN’, kurang yakin.
‘ The what?’
‘ Nama artwork tuh Si POLAN’

  Kali nie aku dah tak naik LRT. Bukan aku penakut, Darth Badar kasi tumpang. Dia begitu happy. Perut aku yang happy tadi mula unhappy mendengar bebelan dia.

  Sabtu, Januari 25, aku dipanggil ke geleri seni yang menempatkan karya ulung aku. SI POLAN. Penuh ,meriah ada class dan vogue. Itu mungkin lebih tepat sebagai gambaran majlis ini.

‘ SI POLAN awak lukis? ‘, Tanya suara parau memecah lamunanku.
‘ Aah’,  senyum dan mencari suara parau itu.

Terjegil. Terbuntang mata aku. Alamak,tuan punya badan. Dia blushing. Agaknya angkara aku. Agak kachak itu.
‘ Saya beli untuk letak dalam bilik air’ sambil berlalu pergi.

  Jap. Bilik air? Itu lawak kelas murahan kan? Tak mungkin dia maksudkan,kan? Kan? Jangan bagi aku maki tuan punya badan. Dia blah macam tuh jer?

‘ WOI SI POLAN, SAPA NAMA KAU?’ jerit aku. Betul-betul keluar dari mulut. Alamak termalu.

Dia berlalu. Mungkin malu, atau mungkin buat- buat tak kenal aku. Jahanam  kau Si Polan.


Malas Nak Komen Like Jer

Thursday, May 24, 2012

SURAT DARI IBLIS UNTUKMU



(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah
cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.(astaghfirullah)

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu
dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepada
NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang
dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat
dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini kepada sesiapapun
Malas Nak Komen Like Jer

Monday, April 23, 2012

Aku Bukan Peterpan!




 Membesar. Masa berlalu tanpa dipinta. Seragam sekolah kini tak diperlukan lagi. Bila imbas kembali, ini yang aku mahu. Bebas. Tidak terikat dengan peraturan yang membosankan. Tapi aku lupa. Aku lupa dunia dewasa penuh hutang dan masalah.

  Sungguh, aku ingin terbang ke bintang ke dua dari kanan, menuju Neverland. Di mana di situ kita kekal muda selamanya. Terbang melintasi sejuta monokron berkerlipan berteraburan di Bima Sakti. Bersama Tinkerbell dan Peterpan. Itu menjadikan aku Wendy kah? Tak aku dapat watak utama. Aku Peterpan.

‘ Kan best kalau kita boleh jalan macam dulu- dulu.Lepak sana, ponteng situ.’ Sungut Sya.
‘ Sama ada kau perasan atau kau buat- buat tak perasan,kita boleh buat lebih dari tuh sekarang.’
‘ Tapi, beza kan. Pelik sangat bila dulu time sekolah nak sangat jadi dewasa. Cepatla- cepatla. Sekarang?’
‘ Manusia. Mana pernah belajar menghargai.’ Hmm aku pun manusia. Aku pun tak menghargai.

  Aku punya cita. Mencari cinta dan cita. Tapi bila masa menginjak kea lam baru ini, aku rasa kosong.  Rasa tak semangat. Ingat zaman kena kejar ngan Ustaz keluar lewat gi surau, ingat time kena push up dalam hujan sebab cuba nak skip prep. Perit. Sakit hati bila ditertawa rakan-rakan. Tapi, mampu buat aku senyum.

  Ingat juga pada cinta pandang pertama, kedua dan keberapa ratus setiap kali tengok senior hensem. Hmm. Ingat juga bila dikritik konon tiru stail dia, curi kawan dia, bergosip tentang dia. Tapi, time tuh mujur aku ada kawan sekapal yang lantang. Ah, durjana kau Kapten Hook, kami satu armada. Kau? Seorang sahaja dengan tangan besimu.

  Aku masih tak dapat menerima hakikat. Aku takut. Aku takut dibelenggu hutang , resit, dan tanggungjawab. Ya, tanggungjawab. Itu yang aku cuba lari.  Apabila kita diberi amanah memikul tanggungjawab, selangkah kaki kita sudah berada di gerbang neraka. Aku takut aku tak mampu.

  Ya, aku harus sedar. Aku perlu menjadi Wendy yang dewasa. Tak lagi bergantung pada Peterpan.Tak lagi takut merentas masa.  Cuba menjadi dewasa dan bakal membina keluarga, mengintai profession kerjaya dan menyara ibu bapa. InsyaALLAH. Doakan aku. Aku akan doakan kamu. Malaikat juga turut mendoakan perjalananmu.

Sampai ke temu. Di alam baru.

Malas Nak Komen Like Jer

Friday, April 20, 2012

#give away belog ʓαι∂αтʋℓαʓиʏ'ƨ "



 Manis- manis yang berjaya ditag ialah.. <http://wanhazel.blogspot.com/. > dan <http://belogdaku.blogspot.com/#axzz1sZU4FDjW > iaitu Wan Hazel dan Mawar Qaseh. Tak tahu tag cenggana ekseli.. Hahaha.. Btw, aku pun Geng Lomo.. HUHU.. Sekiang!
Malas Nak Komen Like Jer

Hitam Itu, TABOO?



 
  Hitam sering disalah ertikan. Negro itu jahat, Hitam itu panas, Hitam buat kita nampak tua dan paling aku kesali, kucing hitam itu jelmaan roh yang masih 'sangkut' di muka bumi. Siapa yang pandai- pandai bawa mitos pelsu nie? Gila.

  Bukan kucing hitam minta dilahirkan hitam. Dah baka warna hitam. Kucing mana mampu fikir plastic surgery macam manusia sekarang. Rasa hitam jer pi buat surgery. Aku suka sangat kucing hitam. Mereka macam lebih faham berbanding kucing-kucing lain yang terlalu manja. Kucing hitam tak mengada- ngada.

' Kakak, semalam adik nampak, kucing akak mata dia warna merah! ' Adila, 5 tahun, merangkap adik   aku.
' Kucing tuh sakit mata agaknya. Terintai abah mandi.'
' Tak akak, semalam, kucing akak, macam usha pelik dekat belakang jamban.' masih tak puas hati.
' Ada tikus la tuh, favourite- old- times- food.' jawab aku acau tak acuh. Aku bawa aja kucingku pergi.

  Ustazah aku kata, haiwan memang boleh nampak makhluk halus. Bukan kucing hitam aja. Berapa kali dah ex- roomate aku tangkap dia mendengus dekat tepi peti ais. Aku saja buat tak tahu. Kita hidup dalam satu alam, berkongsi dengan makhluk lain. 'Benda' memang ada. Bukan kucing hitam jer nampak.

  Aku tak bagi nama lagi dekat kucing ni. Kucing terakhir yang aku bagi nama ialah kucing baka Parsi aku. Tuah. Namun, tak bertuah, kena langgar lari. Pecah perut. Lama jugak la aku recover balik dari fobia tuh. Lepas tuh, ikan aku, Green. Aku balik kampung, lupa nak pesan kat orang cuci akuarium and bagi makan. Memang Green lah gamaknya. Sebab tuh aku putuskan kucing ni tak bernama.

  Kadang- kala nama itu taboo. Sudahlah imej hitam yang digalasnya pun taboo. Kesian. Tapi serius, semua tak senang dengan kucing tuh. Tapi mak aku pesan ,apa pun terjadi jaga baik- baik kucing tuh. Tapi mak pun tak berani dekat. Cis!

  Kucing hitam aku ni dia jenis pandang straight dalam mata. Jenis usha pelik apa -apa yang tak kena. Dulu aku stay kat kondo dekat Kajang. Asal aku lalu depan swimming pool mesti dia cakar aku. Jiran aku kata, dulu ada budak mati lemas kat situ.

  Betulkah kucing aku ini jelmaan dari alam lain? Syirik, khurafat dan karut. Mungkin sense dia lebih bisa dari kucing lain. AHH, durjana semua.  Persetankan.

  Kucingku, andai takdirmu menjagaku, dan takdirku menjagamu, aku rela. Selagi engkau tak bawa penyakit, selagi aku ada duit, aku jaga kau. Kalau aku takda duit nanti, engkau makan la favourite- old- times- food kau tuh. Buat masa sekarang, engkau masih kucingku. Yang tidak bernama.

*Sekian.
Malas Nak Komen Like Jer

Bukan Sang Bunga Api.


And when I'm gone, Just carry on, Don't mourn,
Rejoice, Every time you hear the sound of my voice,
Just know that , I'm looking down on you smiling,
And I didn't feel a thing, So baby don't feel no pain,
Just smile back.

  Ke mana agaknya kita nanti? Garis hidup di telapak tangan sudah merajuk pudar Setiap insan perlu mencari kebahagiaan sendiri. Jika ditakdirkan bersendirian, aku sudah belajar tersenyum semasa bersama arjunaku. Bekas arjunaku.

  Hijau dedaun gugur bertaburan. Angin sepoi- sepoi begitu menceriakan. Jarang fenomena ini berlaku. Alam ketawakan kita agaknya. Atau cuba membuat kita tersenyum, lupakan memoribilia bersama. Modus operandi kita sukar difahami. Masing- masing membawa cara unik masing- masing yang akhirnya membawa perih pada dua- dua pihak.

 Aku tak rasa salah aku. Tidak juga salah kamu, sang arjuna. Mungkin kita kerap benar digelar merpati dua sejoli. Kita stress ,maybe. Lidah kita sama- sama terkunci. Sama- sama tak memahami nuansa sendiri.

' Rejoice? '
' Just carry on? '
' You didn't feel a pain ?'

  Kau bohong diri sendiri lagikah? Sahabatmu sering saja memberitahuku, kau tak pernah sebegitu. Tapi, kau pilih untuk diam membatu, sembunyi segala apa di kalbu. Aku? Tak mungkin aku mulakan dahulu. Biarkan kau mampus dalam kedinginan jiwamu. Tapi kini, aku tak mampu berlalu dari wasilah lama.

  Ingin sekali aku menghirup nafas di tempat lain di kala kau tiada. Kehadiranmu bukan bagai bunga api. Yang terpercik kuat. Kehadiranmu biasa- biasa saja. Yang akhirnya berlalu dalam diam.

  Jom ketawakan aku. Ketawakan rapsodi ini. Aku ingin hidup dengan egoku sendiri walau ku tahu aku akan diteman sang sunyi sampai ke tua. Ketawakan aku kerana aku melepaskanmu. Ketawakanku kerana sengaja menyakitkan hatimu. Ketawakan aku melepaskan arjunaku yang satu.

  Alasanku tidak mampu memikul cintanya tidak boleh diterima. Mungkin setelah aku melepaskanmu, kau akan menemui kebahagiaanmu yang sebenar. Aku doakan itu dalam sujudku.

  Untuk aku, aku cuma boleh berharap ada insan yang sudi menerimaku di hujung lorong sana. Akan ku tebus salahku. Walau bukan denganmu. Tapi tahniah. Kau orang pertama yang mampu membuat aku bermadah sastera begini. Satu simetriku yang tidak pernah aku singkap.

  Kau. Aku cuba senyum. Semoga kau mampu memberi kebahagiaan dengan muzikmu. Maafkan aku lancar berkata- kata menyindirmu. Aku doakan kau berjaya arjuna. Aku doakan kau bahgia sang teruna. Aku doakan kau sejahtera, selamanya.



Malas Nak Komen Like Jer

Thursday, April 19, 2012

OK, Let's Pretend That..

Assalamualaikum. 



 OK LET'S PRETEND THAT...
You don't have any friends that you have, how?
You don't experience what you experienced now.

You don't go to school and you don't know to read, wow.
You don't have such motivation as you have chow.

 LET'S PRETEND THAT...
You don't ever awoke,
From all those jokes and pokes,
That sometimes makes you choke.
You don't have a blog to log,
When such fog knock by shock.
You don't ever hated.
You don't ever judged.
You don't ever sick with your wife.
You don't ever experienced any shit with you life..

LET'S PRETEND..

Like you never have dreams,

Like you never wore those jeans,
Like all of love you seen,
Is such paper thin.
Have you ever imagine,
If all your wishes can be fulfill in a dream,
Where have you been?
What have you seen?

PRETEND..
Your secrets never leaks,
People never speaks,
Everything was a shit,
Could you ever sits?
Could you dream big?
Would you ever pray, quick?
Since everything so smooth and epic.

SO?
Do you regret your fate?
Regret everything you ate?
Regret all the debate?
Regret all the hate?
Its not never late mate,
Hope you can relate.
We meet again in other date


Malas Nak Komen Like Jer

( CERITA CINTA ) :Aku Muzik Di Hatimu?

 *Assalamualaikum. Cubaan pertama. Test, test. Aku tak minat buat cerita panjang- panjang tapi ini cubaan pertama.


 Dia tak perasan aku. Sapa perasan kan? Nampak jelas dia melayan orang lain dalam group nie. Dia tak pandang aku  langsung. Aku memang mudah kata orang hensem tapi nie lain. Dia buat aku senyum. Cuma tengok muka dia jer aku dah boleh senyum. You must be a sorcerous, coz you just did thing impossible.. Hmm..

 Qaiser Mikhail. Dia perkenalkan diri dia waktu kami mula-mula masuk group nie. Qaiser tuh maksud dia raja dia kata. Mikhail pulak nama serial killer terkenal kat Jerman. Haha.. Mix Jerman and Arab. Patutla mata dia biru. Muka budak- budak mix nie memang tak lepas mata la bila tengok kan. Aku dah lah  lone ranger dalam group nie. Dapat mentor handsome tak boleh nak kongsi kat sesape. Arghh, kacau. Menyesal aku terima UTeM nie. Takder geng langsung.

 'Nak instrumen tak?'
 Tersentak dari lamunan. Qaiser cakap tak mau. Tak der sapa reti main. Aku pun cepat- cepat potong. Nak. Keyboard tuh. Meraung aku dulu bila mama aku kata tak mau hantar pergi kelas keyboard. Nie la masa nak tunjuk bakat.


'Reti main ker? '
' Tak reti saya takkan mintak lah tadik. Kita dapat lagu apa? '
' Bhahaha. Tangan tak bertuah yer adik-adikku sekalian. Tapi saya suka lagu nie. Eminem.When I'm Gone.'


'Vas happening! Gila aku terlewat. So kita dapat lagu apa?' Rizal Amr kawan baik si Qaiser. Tak pernah tak lewat mamat nie.
Qaiser hulurkan saja kertas lirik tu bagi BFF dia tengok.
'Apasal aku rasa nie bukan kita dapat eh? Ko pilih ah Qai? '
' Payah kalau kau kenal aku lebih sangat nie. Ok adik- adikku, ini saya pilih. Hahaha.. Lagu dia macam nie."


Have you ever loved someone so much, you'd give an arm for?
Not the expression, no, literally give an arm for?
When they know they're your heart
And you know you were their armour
And you will destroy anyone who would try to harm he
r



Aduhai dah la aku minat Eminem. Suara dia. Aduhai. Aku pun start main key. Dia terdiam. Terblur.


'  Aik? Apasal tak sambung? '
' You know this song ? '
' I know all Mr Slim Shady's songs too be exact. '
' Woa! That kinda...'
' Boleh kita sambung tak? I dah terpukau dengar kemerduan suara U nie.. Sambung la', Myra dah mula naik daunnn! 
' Ok, ok. Should we started it again? You know the keys I guess' , sambung dia sambil kenyit mata.


Andai kau ada di sini Alia. Andai kau ada. Mesti kau tau apa aku rasa sekarang!




* ends for now. Cubaan. Kalau menjadi baru aku sambung. Haha.. Sesapa yang baca terima kasih!
Kalau nak komen or kritik silakan, jangan malu- malu! 


Malas Nak Komen Like Jer

Muslim Ahmad Tauke Kedai Alat Tulis


OK,OK sapa yang tak baca paper METRO, 12 Februari 2012 nie, ada kat sini nie.. Pasal Encik Muslim kite looh.. HEHEH.. Versi aku lah kan.


JIKA ANDA BUKAN ATLET APA KARIER PILIHAN ANDA?
Buat masa nie saya tak terfikir langsung tapi mungkin saya akan jadi usahawan berjaya dan menyambung perniaggan keluarga.

PERNIAGAAN APA TUH?
Perniagaan alat tulis di Terengganu. Bukan perniagaan yang besar tapi dah lama diusahakan. Jadi, mungkin saya boleh membantu mengembangkan perniagaan itu.

BAGAIMANA ANDA MELIHAT POTENSI PERNIAGAAN INI?
Mempunyai potensi sendiri sebab tak terhad pada pelajar sekolah tapi diperlukan di pejabat dan sebagainya. Mungkin saya boleh menjadi pembekal alat tulis.

PASUKAN BOLA SEPAK KEGEMARAN ANDA?
Barcelona.

PEMAIN PILIHAN?
Carles Puyol. Pemain pertahanan Barcelona memandangkan saya juga pemain pertahanan.

KENANGAN PALING MANIS DALMA PEMBABITAN SUKAN INI?
Menjuarai Piala AFF Suzuki dan lebih istimewa masa menjulang pingat emas di Laos.

TIPS YANG BOLEH DIKONGSIKAN?
Komitmen 100 peratus dalam latihan dan perlawanan yang dilakukan.

CARA MENGISI MASA LAPANG?
Bermain badminton bersama keluarga dan kawan- kawan

FALSAFAH HIDUP?
Sentiasa ingin menuju kejayaan..

SEKIAN, Teruskan menyokong Harimau- Harimau anda!
Malas Nak Komen Like Jer

Wednesday, April 11, 2012

Waktu Tsunami dan Ayat al- QURAN Yang Berkaitan


Mari fikir sejenak & ambil iktibar dgn ayat2 amaran dari Allah SWT ini:

TSUNAMI ALERT: 

1. Jam 9.11pm - tsunami dijangka melanda GEORGETOWN, Pulau Pinang

2. Jam 2.10am - di pantai Port Dickson

3. Jam 7.51am esok - di Singapura...........

Dari Ayat2 Allah SWT dlm AlQur'an......

9:11 - Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.

2:10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

7:51 - (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

KONGSIKAN SEBAGAI PERINGATAN TENTANG KEALPAAN KITA....WALLAHU'ALAM. DISHARE DI FACEBOOK..

Malas Nak Komen Like Jer

Thursday, March 29, 2012

LYRIC : JUSTIN BIEBER :BOYFRIEND




VERSE 1 

If I was your boyfriend, I'd never let you go 
I can take you places you ain't never been before 
Baby take a chance or you'll never ever know 
I got money in my hands that I'd really like to blow 
Swag swag swag, on you 
Chillin' by the fire while we eatin' fondue 
I dunno about me but I know about you 
So say hello to falsetto in three two 

PRE HOOK 

I'd like to be everything you want 
Hey girl, let me talk to you 

HOOK 

If I was your boyfriend, never let you go 
Keep you on my arm girl, you'd never be alone 
I can be a gentleman, anything you want 
If I was your boyfriend, I'd never let you go, I'd never let you go 

VERSE 2 

Tell me what you like yeah tell me what you don't 
I could be your Buzz Lightyear fly across the globe 
I don't never wanna fight yeah, you already know 
I am 'ma a make you shine bright like you're laying in the snow 
Burr 
Girlfriend, girlfriend, you could be my girlfriend 
You could be my girlfriend until the --- world ends 
Make you dance do a spin and a twirl and 
Voice goin crazy on this hook like a whirl wind 
Swaggie 

PRE HOOK 

I'd like to be everything you want 
Hey girl, let me talk to you 

HOOK 

If I was your boyfriend, never let you go 
Keep you on my arm girl you'd never be alone 
I can be a gentleman, anything you want 
If I was your boyfriend, I'd never let you go, I'd never let you go 

BRIDGE 

So give me a chance, 'cause you're all I need girl 
Spend a week with your boy I'll be calling you my girlfriend 
If I was your man, I'd never leave you girl 
I just want to love you, and treat you right 

HOOK 

If I was your boyfriend, never let you go 
Keep you on my arm girl you'd never be alone 
I can be a gentleman, anything you want 
If I was your boyfriend, I'd never let you go, never let you go 
Na na na, na na na, na na na 
Ya girl 

Na na na, na na na, na na na ey 
Na na na, na na na, na na na ey 
Na na na, na na na, na na na ey 
If I was your boyfriend 






Malas Nak Komen Like Jer

Friday, March 16, 2012

TRASH METAL : Key D



 Assalamualaikum. Gitar memang seksi lah kan.. Sapa yang otaku yang power tahap gaban tuh memang dahagakan sesuatu yang ekstream dan mencabar demi menguji tahap kuasa Keluangmannya. Okeh, kumpulan thrash metal yang terkenal maybe Sepultra daei Brazil. Lagu-lagu nie memang susah nak main sebab tempo dia laju. Dalam kiraan 16 ke 32 lah kiranya.. Antara album yang hampir mencapi tahap sempurna maybe Arise tapi sayang kumpulan ini dah dibubarkan.

 Black Sabbath gak da menghasilkan lagu berhantu yang bertajuk 'Symptom Of The Universe'. Lagu ni sebenarnya tak der lah susah sangat tapi sebab gena kord yang sesuai lagu ni jadi lagu paling berat dalam dunia. Der gak kumpulan yang nak cari feel berat dengan cara tuning rendah dari biasa iaitu ' E ' kepada ' Eb' atau ' D'.

 Ada jugak ubah gitar tuh guna sistem 'Floyd Rose' atau bahasa Malaysia yang senang pahamnyer gear. Lagu Matellica , Sad But True dimainkan dalam key D.


  Jadik, sapa yang keliru silah ketahui tuning gitar anda salah dan silalah buang satu spring gitar anda menjadi dua kemudian buat penataan tali semula supaya dapat bermain dalam key ' D open' barulah lagu ini sempurna. Tapi kalau guna gitar tanpa spring maka kerja anda lebih mudah, anda hanya perlu beli tali yang lebih kasar. Teknik ni perlu ada kerajinan yang tinggi dah ongkos yang lebih.. SEKIAN, TERIMA KASIH.
Malas Nak Komen Like Jer

Thursday, March 15, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...