Monday, April 23, 2012

Aku Bukan Peterpan!




 Membesar. Masa berlalu tanpa dipinta. Seragam sekolah kini tak diperlukan lagi. Bila imbas kembali, ini yang aku mahu. Bebas. Tidak terikat dengan peraturan yang membosankan. Tapi aku lupa. Aku lupa dunia dewasa penuh hutang dan masalah.

  Sungguh, aku ingin terbang ke bintang ke dua dari kanan, menuju Neverland. Di mana di situ kita kekal muda selamanya. Terbang melintasi sejuta monokron berkerlipan berteraburan di Bima Sakti. Bersama Tinkerbell dan Peterpan. Itu menjadikan aku Wendy kah? Tak aku dapat watak utama. Aku Peterpan.

‘ Kan best kalau kita boleh jalan macam dulu- dulu.Lepak sana, ponteng situ.’ Sungut Sya.
‘ Sama ada kau perasan atau kau buat- buat tak perasan,kita boleh buat lebih dari tuh sekarang.’
‘ Tapi, beza kan. Pelik sangat bila dulu time sekolah nak sangat jadi dewasa. Cepatla- cepatla. Sekarang?’
‘ Manusia. Mana pernah belajar menghargai.’ Hmm aku pun manusia. Aku pun tak menghargai.

  Aku punya cita. Mencari cinta dan cita. Tapi bila masa menginjak kea lam baru ini, aku rasa kosong.  Rasa tak semangat. Ingat zaman kena kejar ngan Ustaz keluar lewat gi surau, ingat time kena push up dalam hujan sebab cuba nak skip prep. Perit. Sakit hati bila ditertawa rakan-rakan. Tapi, mampu buat aku senyum.

  Ingat juga pada cinta pandang pertama, kedua dan keberapa ratus setiap kali tengok senior hensem. Hmm. Ingat juga bila dikritik konon tiru stail dia, curi kawan dia, bergosip tentang dia. Tapi, time tuh mujur aku ada kawan sekapal yang lantang. Ah, durjana kau Kapten Hook, kami satu armada. Kau? Seorang sahaja dengan tangan besimu.

  Aku masih tak dapat menerima hakikat. Aku takut. Aku takut dibelenggu hutang , resit, dan tanggungjawab. Ya, tanggungjawab. Itu yang aku cuba lari.  Apabila kita diberi amanah memikul tanggungjawab, selangkah kaki kita sudah berada di gerbang neraka. Aku takut aku tak mampu.

  Ya, aku harus sedar. Aku perlu menjadi Wendy yang dewasa. Tak lagi bergantung pada Peterpan.Tak lagi takut merentas masa.  Cuba menjadi dewasa dan bakal membina keluarga, mengintai profession kerjaya dan menyara ibu bapa. InsyaALLAH. Doakan aku. Aku akan doakan kamu. Malaikat juga turut mendoakan perjalananmu.

Sampai ke temu. Di alam baru.

Malas Nak Komen Like Jer

Friday, April 20, 2012

#give away belog ʓαι∂αтʋℓαʓиʏ'ƨ "



 Manis- manis yang berjaya ditag ialah.. <http://wanhazel.blogspot.com/. > dan <http://belogdaku.blogspot.com/#axzz1sZU4FDjW > iaitu Wan Hazel dan Mawar Qaseh. Tak tahu tag cenggana ekseli.. Hahaha.. Btw, aku pun Geng Lomo.. HUHU.. Sekiang!
Malas Nak Komen Like Jer

Hitam Itu, TABOO?



 
  Hitam sering disalah ertikan. Negro itu jahat, Hitam itu panas, Hitam buat kita nampak tua dan paling aku kesali, kucing hitam itu jelmaan roh yang masih 'sangkut' di muka bumi. Siapa yang pandai- pandai bawa mitos pelsu nie? Gila.

  Bukan kucing hitam minta dilahirkan hitam. Dah baka warna hitam. Kucing mana mampu fikir plastic surgery macam manusia sekarang. Rasa hitam jer pi buat surgery. Aku suka sangat kucing hitam. Mereka macam lebih faham berbanding kucing-kucing lain yang terlalu manja. Kucing hitam tak mengada- ngada.

' Kakak, semalam adik nampak, kucing akak mata dia warna merah! ' Adila, 5 tahun, merangkap adik   aku.
' Kucing tuh sakit mata agaknya. Terintai abah mandi.'
' Tak akak, semalam, kucing akak, macam usha pelik dekat belakang jamban.' masih tak puas hati.
' Ada tikus la tuh, favourite- old- times- food.' jawab aku acau tak acuh. Aku bawa aja kucingku pergi.

  Ustazah aku kata, haiwan memang boleh nampak makhluk halus. Bukan kucing hitam aja. Berapa kali dah ex- roomate aku tangkap dia mendengus dekat tepi peti ais. Aku saja buat tak tahu. Kita hidup dalam satu alam, berkongsi dengan makhluk lain. 'Benda' memang ada. Bukan kucing hitam jer nampak.

  Aku tak bagi nama lagi dekat kucing ni. Kucing terakhir yang aku bagi nama ialah kucing baka Parsi aku. Tuah. Namun, tak bertuah, kena langgar lari. Pecah perut. Lama jugak la aku recover balik dari fobia tuh. Lepas tuh, ikan aku, Green. Aku balik kampung, lupa nak pesan kat orang cuci akuarium and bagi makan. Memang Green lah gamaknya. Sebab tuh aku putuskan kucing ni tak bernama.

  Kadang- kala nama itu taboo. Sudahlah imej hitam yang digalasnya pun taboo. Kesian. Tapi serius, semua tak senang dengan kucing tuh. Tapi mak aku pesan ,apa pun terjadi jaga baik- baik kucing tuh. Tapi mak pun tak berani dekat. Cis!

  Kucing hitam aku ni dia jenis pandang straight dalam mata. Jenis usha pelik apa -apa yang tak kena. Dulu aku stay kat kondo dekat Kajang. Asal aku lalu depan swimming pool mesti dia cakar aku. Jiran aku kata, dulu ada budak mati lemas kat situ.

  Betulkah kucing aku ini jelmaan dari alam lain? Syirik, khurafat dan karut. Mungkin sense dia lebih bisa dari kucing lain. AHH, durjana semua.  Persetankan.

  Kucingku, andai takdirmu menjagaku, dan takdirku menjagamu, aku rela. Selagi engkau tak bawa penyakit, selagi aku ada duit, aku jaga kau. Kalau aku takda duit nanti, engkau makan la favourite- old- times- food kau tuh. Buat masa sekarang, engkau masih kucingku. Yang tidak bernama.

*Sekian.
Malas Nak Komen Like Jer

Bukan Sang Bunga Api.


And when I'm gone, Just carry on, Don't mourn,
Rejoice, Every time you hear the sound of my voice,
Just know that , I'm looking down on you smiling,
And I didn't feel a thing, So baby don't feel no pain,
Just smile back.

  Ke mana agaknya kita nanti? Garis hidup di telapak tangan sudah merajuk pudar Setiap insan perlu mencari kebahagiaan sendiri. Jika ditakdirkan bersendirian, aku sudah belajar tersenyum semasa bersama arjunaku. Bekas arjunaku.

  Hijau dedaun gugur bertaburan. Angin sepoi- sepoi begitu menceriakan. Jarang fenomena ini berlaku. Alam ketawakan kita agaknya. Atau cuba membuat kita tersenyum, lupakan memoribilia bersama. Modus operandi kita sukar difahami. Masing- masing membawa cara unik masing- masing yang akhirnya membawa perih pada dua- dua pihak.

 Aku tak rasa salah aku. Tidak juga salah kamu, sang arjuna. Mungkin kita kerap benar digelar merpati dua sejoli. Kita stress ,maybe. Lidah kita sama- sama terkunci. Sama- sama tak memahami nuansa sendiri.

' Rejoice? '
' Just carry on? '
' You didn't feel a pain ?'

  Kau bohong diri sendiri lagikah? Sahabatmu sering saja memberitahuku, kau tak pernah sebegitu. Tapi, kau pilih untuk diam membatu, sembunyi segala apa di kalbu. Aku? Tak mungkin aku mulakan dahulu. Biarkan kau mampus dalam kedinginan jiwamu. Tapi kini, aku tak mampu berlalu dari wasilah lama.

  Ingin sekali aku menghirup nafas di tempat lain di kala kau tiada. Kehadiranmu bukan bagai bunga api. Yang terpercik kuat. Kehadiranmu biasa- biasa saja. Yang akhirnya berlalu dalam diam.

  Jom ketawakan aku. Ketawakan rapsodi ini. Aku ingin hidup dengan egoku sendiri walau ku tahu aku akan diteman sang sunyi sampai ke tua. Ketawakan aku kerana aku melepaskanmu. Ketawakanku kerana sengaja menyakitkan hatimu. Ketawakan aku melepaskan arjunaku yang satu.

  Alasanku tidak mampu memikul cintanya tidak boleh diterima. Mungkin setelah aku melepaskanmu, kau akan menemui kebahagiaanmu yang sebenar. Aku doakan itu dalam sujudku.

  Untuk aku, aku cuma boleh berharap ada insan yang sudi menerimaku di hujung lorong sana. Akan ku tebus salahku. Walau bukan denganmu. Tapi tahniah. Kau orang pertama yang mampu membuat aku bermadah sastera begini. Satu simetriku yang tidak pernah aku singkap.

  Kau. Aku cuba senyum. Semoga kau mampu memberi kebahagiaan dengan muzikmu. Maafkan aku lancar berkata- kata menyindirmu. Aku doakan kau berjaya arjuna. Aku doakan kau bahgia sang teruna. Aku doakan kau sejahtera, selamanya.



Malas Nak Komen Like Jer

Thursday, April 19, 2012

OK, Let's Pretend That..

Assalamualaikum. 



 OK LET'S PRETEND THAT...
You don't have any friends that you have, how?
You don't experience what you experienced now.

You don't go to school and you don't know to read, wow.
You don't have such motivation as you have chow.

 LET'S PRETEND THAT...
You don't ever awoke,
From all those jokes and pokes,
That sometimes makes you choke.
You don't have a blog to log,
When such fog knock by shock.
You don't ever hated.
You don't ever judged.
You don't ever sick with your wife.
You don't ever experienced any shit with you life..

LET'S PRETEND..

Like you never have dreams,

Like you never wore those jeans,
Like all of love you seen,
Is such paper thin.
Have you ever imagine,
If all your wishes can be fulfill in a dream,
Where have you been?
What have you seen?

PRETEND..
Your secrets never leaks,
People never speaks,
Everything was a shit,
Could you ever sits?
Could you dream big?
Would you ever pray, quick?
Since everything so smooth and epic.

SO?
Do you regret your fate?
Regret everything you ate?
Regret all the debate?
Regret all the hate?
Its not never late mate,
Hope you can relate.
We meet again in other date


Malas Nak Komen Like Jer

( CERITA CINTA ) :Aku Muzik Di Hatimu?

 *Assalamualaikum. Cubaan pertama. Test, test. Aku tak minat buat cerita panjang- panjang tapi ini cubaan pertama.


 Dia tak perasan aku. Sapa perasan kan? Nampak jelas dia melayan orang lain dalam group nie. Dia tak pandang aku  langsung. Aku memang mudah kata orang hensem tapi nie lain. Dia buat aku senyum. Cuma tengok muka dia jer aku dah boleh senyum. You must be a sorcerous, coz you just did thing impossible.. Hmm..

 Qaiser Mikhail. Dia perkenalkan diri dia waktu kami mula-mula masuk group nie. Qaiser tuh maksud dia raja dia kata. Mikhail pulak nama serial killer terkenal kat Jerman. Haha.. Mix Jerman and Arab. Patutla mata dia biru. Muka budak- budak mix nie memang tak lepas mata la bila tengok kan. Aku dah lah  lone ranger dalam group nie. Dapat mentor handsome tak boleh nak kongsi kat sesape. Arghh, kacau. Menyesal aku terima UTeM nie. Takder geng langsung.

 'Nak instrumen tak?'
 Tersentak dari lamunan. Qaiser cakap tak mau. Tak der sapa reti main. Aku pun cepat- cepat potong. Nak. Keyboard tuh. Meraung aku dulu bila mama aku kata tak mau hantar pergi kelas keyboard. Nie la masa nak tunjuk bakat.


'Reti main ker? '
' Tak reti saya takkan mintak lah tadik. Kita dapat lagu apa? '
' Bhahaha. Tangan tak bertuah yer adik-adikku sekalian. Tapi saya suka lagu nie. Eminem.When I'm Gone.'


'Vas happening! Gila aku terlewat. So kita dapat lagu apa?' Rizal Amr kawan baik si Qaiser. Tak pernah tak lewat mamat nie.
Qaiser hulurkan saja kertas lirik tu bagi BFF dia tengok.
'Apasal aku rasa nie bukan kita dapat eh? Ko pilih ah Qai? '
' Payah kalau kau kenal aku lebih sangat nie. Ok adik- adikku, ini saya pilih. Hahaha.. Lagu dia macam nie."


Have you ever loved someone so much, you'd give an arm for?
Not the expression, no, literally give an arm for?
When they know they're your heart
And you know you were their armour
And you will destroy anyone who would try to harm he
r



Aduhai dah la aku minat Eminem. Suara dia. Aduhai. Aku pun start main key. Dia terdiam. Terblur.


'  Aik? Apasal tak sambung? '
' You know this song ? '
' I know all Mr Slim Shady's songs too be exact. '
' Woa! That kinda...'
' Boleh kita sambung tak? I dah terpukau dengar kemerduan suara U nie.. Sambung la', Myra dah mula naik daunnn! 
' Ok, ok. Should we started it again? You know the keys I guess' , sambung dia sambil kenyit mata.


Andai kau ada di sini Alia. Andai kau ada. Mesti kau tau apa aku rasa sekarang!




* ends for now. Cubaan. Kalau menjadi baru aku sambung. Haha.. Sesapa yang baca terima kasih!
Kalau nak komen or kritik silakan, jangan malu- malu! 


Malas Nak Komen Like Jer

Muslim Ahmad Tauke Kedai Alat Tulis


OK,OK sapa yang tak baca paper METRO, 12 Februari 2012 nie, ada kat sini nie.. Pasal Encik Muslim kite looh.. HEHEH.. Versi aku lah kan.


JIKA ANDA BUKAN ATLET APA KARIER PILIHAN ANDA?
Buat masa nie saya tak terfikir langsung tapi mungkin saya akan jadi usahawan berjaya dan menyambung perniaggan keluarga.

PERNIAGAAN APA TUH?
Perniagaan alat tulis di Terengganu. Bukan perniagaan yang besar tapi dah lama diusahakan. Jadi, mungkin saya boleh membantu mengembangkan perniagaan itu.

BAGAIMANA ANDA MELIHAT POTENSI PERNIAGAAN INI?
Mempunyai potensi sendiri sebab tak terhad pada pelajar sekolah tapi diperlukan di pejabat dan sebagainya. Mungkin saya boleh menjadi pembekal alat tulis.

PASUKAN BOLA SEPAK KEGEMARAN ANDA?
Barcelona.

PEMAIN PILIHAN?
Carles Puyol. Pemain pertahanan Barcelona memandangkan saya juga pemain pertahanan.

KENANGAN PALING MANIS DALMA PEMBABITAN SUKAN INI?
Menjuarai Piala AFF Suzuki dan lebih istimewa masa menjulang pingat emas di Laos.

TIPS YANG BOLEH DIKONGSIKAN?
Komitmen 100 peratus dalam latihan dan perlawanan yang dilakukan.

CARA MENGISI MASA LAPANG?
Bermain badminton bersama keluarga dan kawan- kawan

FALSAFAH HIDUP?
Sentiasa ingin menuju kejayaan..

SEKIAN, Teruskan menyokong Harimau- Harimau anda!
Malas Nak Komen Like Jer

Wednesday, April 11, 2012

Waktu Tsunami dan Ayat al- QURAN Yang Berkaitan


Mari fikir sejenak & ambil iktibar dgn ayat2 amaran dari Allah SWT ini:

TSUNAMI ALERT: 

1. Jam 9.11pm - tsunami dijangka melanda GEORGETOWN, Pulau Pinang

2. Jam 2.10am - di pantai Port Dickson

3. Jam 7.51am esok - di Singapura...........

Dari Ayat2 Allah SWT dlm AlQur'an......

9:11 - Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.

2:10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

7:51 - (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

KONGSIKAN SEBAGAI PERINGATAN TENTANG KEALPAAN KITA....WALLAHU'ALAM. DISHARE DI FACEBOOK..

Malas Nak Komen Like Jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...