Membesar. Masa berlalu tanpa
dipinta. Seragam sekolah kini tak diperlukan lagi. Bila imbas kembali, ini yang
aku mahu. Bebas. Tidak terikat dengan peraturan yang membosankan. Tapi aku
lupa. Aku lupa dunia dewasa penuh hutang dan masalah.
Sungguh, aku ingin terbang ke
bintang ke dua dari kanan, menuju Neverland. Di mana di situ kita kekal muda
selamanya. Terbang melintasi sejuta monokron berkerlipan berteraburan di Bima
Sakti. Bersama Tinkerbell dan Peterpan. Itu menjadikan aku Wendy kah? Tak aku
dapat watak utama. Aku Peterpan.
‘ Kan best kalau kita boleh jalan
macam dulu- dulu.Lepak sana, ponteng situ.’ Sungut Sya.
‘ Sama ada kau perasan atau kau
buat- buat tak perasan,kita boleh buat lebih dari tuh sekarang.’
‘ Tapi, beza kan. Pelik sangat bila
dulu time sekolah nak sangat jadi dewasa. Cepatla- cepatla. Sekarang?’
‘ Manusia. Mana pernah belajar
menghargai.’ Hmm aku pun manusia. Aku pun tak menghargai.
Aku punya cita. Mencari cinta dan
cita. Tapi bila masa menginjak kea lam baru ini, aku rasa kosong. Rasa tak semangat. Ingat zaman kena kejar
ngan Ustaz keluar lewat gi surau, ingat time kena push up dalam hujan sebab
cuba nak skip prep. Perit. Sakit hati bila ditertawa rakan-rakan. Tapi, mampu
buat aku senyum.
Ingat juga pada cinta pandang
pertama, kedua dan keberapa ratus setiap kali tengok senior hensem. Hmm. Ingat
juga bila dikritik konon tiru stail dia, curi kawan dia, bergosip tentang dia.
Tapi, time tuh mujur aku ada kawan sekapal yang lantang. Ah, durjana kau Kapten
Hook, kami satu armada. Kau? Seorang sahaja dengan tangan besimu.
Aku masih tak dapat menerima
hakikat. Aku takut. Aku takut dibelenggu hutang , resit, dan tanggungjawab. Ya,
tanggungjawab. Itu yang aku cuba lari.
Apabila kita diberi amanah memikul tanggungjawab, selangkah kaki kita
sudah berada di gerbang neraka. Aku takut aku tak mampu.
Ya, aku harus sedar. Aku perlu
menjadi Wendy yang dewasa. Tak lagi bergantung pada Peterpan.Tak lagi takut
merentas masa. Cuba menjadi dewasa dan
bakal membina keluarga, mengintai profession kerjaya dan menyara ibu bapa.
InsyaALLAH. Doakan aku. Aku akan doakan kamu. Malaikat juga turut mendoakan
perjalananmu.
Sampai ke temu. Di alam baru.


Makin dewasa makin banyak benda baru kita terokai. Jangan takut untuk menjadi dewasa. Berdoa pada Allah untuk elakkan kita lupa pada tanggungjawab dan lain lain. Allah sentiasa ada dgn kita. Baik kala susah atau pun senang. Kan ?
ReplyDeleteHidup dewasa indah kalau kita pandai warnakannya ;)
insyaallah... bisa jadi apapun yang DIA aturkan asal saja jgn lupa2 perkara yg kita pegang dan ikut... alquran dan sunnah...
ReplyDelete