Friday, April 20, 2012

Hitam Itu, TABOO?



 
  Hitam sering disalah ertikan. Negro itu jahat, Hitam itu panas, Hitam buat kita nampak tua dan paling aku kesali, kucing hitam itu jelmaan roh yang masih 'sangkut' di muka bumi. Siapa yang pandai- pandai bawa mitos pelsu nie? Gila.

  Bukan kucing hitam minta dilahirkan hitam. Dah baka warna hitam. Kucing mana mampu fikir plastic surgery macam manusia sekarang. Rasa hitam jer pi buat surgery. Aku suka sangat kucing hitam. Mereka macam lebih faham berbanding kucing-kucing lain yang terlalu manja. Kucing hitam tak mengada- ngada.

' Kakak, semalam adik nampak, kucing akak mata dia warna merah! ' Adila, 5 tahun, merangkap adik   aku.
' Kucing tuh sakit mata agaknya. Terintai abah mandi.'
' Tak akak, semalam, kucing akak, macam usha pelik dekat belakang jamban.' masih tak puas hati.
' Ada tikus la tuh, favourite- old- times- food.' jawab aku acau tak acuh. Aku bawa aja kucingku pergi.

  Ustazah aku kata, haiwan memang boleh nampak makhluk halus. Bukan kucing hitam aja. Berapa kali dah ex- roomate aku tangkap dia mendengus dekat tepi peti ais. Aku saja buat tak tahu. Kita hidup dalam satu alam, berkongsi dengan makhluk lain. 'Benda' memang ada. Bukan kucing hitam jer nampak.

  Aku tak bagi nama lagi dekat kucing ni. Kucing terakhir yang aku bagi nama ialah kucing baka Parsi aku. Tuah. Namun, tak bertuah, kena langgar lari. Pecah perut. Lama jugak la aku recover balik dari fobia tuh. Lepas tuh, ikan aku, Green. Aku balik kampung, lupa nak pesan kat orang cuci akuarium and bagi makan. Memang Green lah gamaknya. Sebab tuh aku putuskan kucing ni tak bernama.

  Kadang- kala nama itu taboo. Sudahlah imej hitam yang digalasnya pun taboo. Kesian. Tapi serius, semua tak senang dengan kucing tuh. Tapi mak aku pesan ,apa pun terjadi jaga baik- baik kucing tuh. Tapi mak pun tak berani dekat. Cis!

  Kucing hitam aku ni dia jenis pandang straight dalam mata. Jenis usha pelik apa -apa yang tak kena. Dulu aku stay kat kondo dekat Kajang. Asal aku lalu depan swimming pool mesti dia cakar aku. Jiran aku kata, dulu ada budak mati lemas kat situ.

  Betulkah kucing aku ini jelmaan dari alam lain? Syirik, khurafat dan karut. Mungkin sense dia lebih bisa dari kucing lain. AHH, durjana semua.  Persetankan.

  Kucingku, andai takdirmu menjagaku, dan takdirku menjagamu, aku rela. Selagi engkau tak bawa penyakit, selagi aku ada duit, aku jaga kau. Kalau aku takda duit nanti, engkau makan la favourite- old- times- food kau tuh. Buat masa sekarang, engkau masih kucingku. Yang tidak bernama.

*Sekian.
Malas Nak Komen Like Jer

1 comment:

  1. hitam itu menawam...i like black too! ;)

    p/s: layout blog ni sangat comel...kiut miut :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...