Sunday, May 27, 2012

SI POLAN itu...




‘ Dia lagi. Tanpa sebarang ekspresi kali ini. Penuh sketch book aku dengan muka jejaka itu. ‘ getus hatiku.

  Sudah 8 kali kami bertemu dalam gerabak yang sama. Tapi, mesti aku turun dulu. Matanya yang kuyu selalu mengusha keadaan sekeliling. Pernah sekali kami bertemu mata, aku pura-pura batuk dan menghela ke luar sana. Kadang- kala aku dapat lihat dia senyum melihat kelatah orang ramai.

  Kalau dia potong rambut mungkin jelas kelihatan wajah tenangnya. Tapi, begitu pun sudah buat aku leka. Sebelum tidur pasti bayangan wajah itu mnyerbu fikiranku. Dan setiap kali itu juga, namanya berubah mengikut moodku. Gertu. Hai,jiwaku gertu. Siapa kamu?

Mampus. Dateline,hari ini dateline! Darth Badar tu sampai nanti, keluar habis kesumat dan jampi.

‘ Reducto! Avada Kedavra! ‘ terpelanting Darth Badar dalam fikiranku. Lepas ni, aku Obliviate. Bagi kau lupa siapa aku.

‘ Cik Temah nak berangan balik rumah. Tengok muka Selenga kau nie aku tau dahh! Kau tau apa aku tau? ‘ kan dia dah mula.
‘ MAAF Encik, saya..’
‘ Aku tau. Aku dah dapa mimpi semalam kata kau tak siapkan kerja aku. Kau memang nak.. Haa, I take this piece. Superb. Sames- samesss!! ‘ sambil bawak pegi artwork aku.

 Gambar mamat  tu. Adoi, dah la curi- curi lukis. Tak pa mungkin dia tak tau. Mungkin dia tau tapi dia terus membatu.
‘ Nama artwork nie ape babe? ‘ Darth Badar semangat sungguh. Katanya, artwork itu sudah hits. Dah ada yang tawarkan harga yang tinggi.
‘ SI POLAN’, kurang yakin.
‘ The what?’
‘ Nama artwork tuh Si POLAN’

  Kali nie aku dah tak naik LRT. Bukan aku penakut, Darth Badar kasi tumpang. Dia begitu happy. Perut aku yang happy tadi mula unhappy mendengar bebelan dia.

  Sabtu, Januari 25, aku dipanggil ke geleri seni yang menempatkan karya ulung aku. SI POLAN. Penuh ,meriah ada class dan vogue. Itu mungkin lebih tepat sebagai gambaran majlis ini.

‘ SI POLAN awak lukis? ‘, Tanya suara parau memecah lamunanku.
‘ Aah’,  senyum dan mencari suara parau itu.

Terjegil. Terbuntang mata aku. Alamak,tuan punya badan. Dia blushing. Agaknya angkara aku. Agak kachak itu.
‘ Saya beli untuk letak dalam bilik air’ sambil berlalu pergi.

  Jap. Bilik air? Itu lawak kelas murahan kan? Tak mungkin dia maksudkan,kan? Kan? Jangan bagi aku maki tuan punya badan. Dia blah macam tuh jer?

‘ WOI SI POLAN, SAPA NAMA KAU?’ jerit aku. Betul-betul keluar dari mulut. Alamak termalu.

Dia berlalu. Mungkin malu, atau mungkin buat- buat tak kenal aku. Jahanam  kau Si Polan.


Malas Nak Komen Like Jer

1 comment:

  1. adakah ini cerita novel? kalau ya, amazing! chaiyok!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...