Friday, May 3, 2013

AZMUTH





“Tidur jer lagi 5 minit, kelas pergi lambat pun takpe”

“Tengok jer buku, bukan cikgu nampak pun”

“ Cakap jer ada benda nak buat bukan dia tahu pun.”

“ Jangan tengok ,dia nanti dia mintak tolong”

Azmuth. Tuh yang aku gelar pada bisikan kecil yang selalu menemani aku ke mana- mana. Sebahagian dari diri aku, atau sebahagian dari ciptaan Tuhan yang belot kepada Adamyang satu. Selalu. Tak pernah tinggal aku. Dan, aku juga lihat, Azmuth juga ada menggangu orang sekitar aku. Itu kerjanya.

 Jujurnya, Azmuth selalu menang. Jujur ,walaupun alarm aku dah set 30 minit awal konon nak duduk barisan depan sekali dalam kuliah atau pergi lebih awal dari biasa memang dah tak makan. Even kalau aku Berjaya lawan Azmuth untuk pergi awal, aku masih dengar lagi.

“ Kalau duduk depan, prof kau tanya macam mana? Kalau kau tak tahu jawapan macam mana? Kalau dia suruh kau explain macam mana? Kau dah baca ker?”

 Aku still akan berlabuh di tempat belakang. Barisan di mana sekali lagi aku akan tewas dengan Azmuth.
“ Kalau kau tidur dia tak nampak”

“ Ceyh, dia bukan tahu pun kalau kau tengok orang sebelah. Kuiz jer pun bukan test.”

“ Awek cun pukul 3!”

Memang aku cukup bengkek dengan si Azmuth.  Ada saja yang buat aku hilang konsentrasi. Aku memang cuba lawan. Tapi memang tak dinafikan, Azmuth betul. Kuiz jer pun, nak pulun buat apa. Dan memang betul kalau aku tidur tak nampak.

Aku rasa aku dah jadi orang suruhan dia dah. Semakin kuat aku lawan, semakin aku sedar dia tak terlawan. Nak kata aku psycho memang tak lah kan. Sebab best friend aku pun ada benda ni. Maksud aku dia ada cakap nak save sikit duit untuk balik kampong. Tapi order rojak RM9 beb! Bila akui tegur dia cakap tak leh control nafsu rojak. Hmm, nafsukah?

Kalau macam tuh perempuan ada 9 Azmuth lah yer? Kalau perempuan nama apa eh? Azmeymey kah? Ooo, sebab tuh lah diorang makan banyak Azmeymey suruh.. Ooo, sebab tuh lah diorang selalu emo, Azmeyling psycho diorang.  Azmawanita pulak suruh diorang shopping banyak- banyak kan? Mekap tebal- tebal,, gitu eh? Hmm, nampaknya semua orang kena siptom nie. Dan ini membuktikan aku tak psycho. Kalau aku psycho nampaknya semua orang pun psycho lah kan. Tak pun nie wabak tak? Ish.


Malas Nak Komen Like Jer

1 comment:

  1. Assalamualaikum!

    Nak duit tapi malas nak keluar daripada rumah? Haaa sini sini. Melalui RM20Segera ni korang tak payah keluar rumah pun takpe, asal korang ada internet & rajin berusaha. Modal business ni RM 20. Haa percaya tak? Modal dia ciput je. Tapi income nanti haaa berlipat-lipat.

    Raya dah nak dekat, kalau korang join RM20segera ni, korang dapatlah jugak tambah duit untuk berbelanja raya nanti. Apa nak tunggu lagi? Cepat-cepatlah join ye :D Confirm tak rugi punya!

    Kalau rasa hati tu melompat-lompat nak join, klik sini; http://www.rm20segera.com/?r=thegeek

    Scroll bawah bawah sikit, ada 'daftar sekarang'. Semoga berjaya! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...